Jan 28, 2010

Perbetulkan bahasamu...

Next time, for future references,

cuba tulis di facebook ni, dengan ejaan yang sebaiknya, yang menggambarkan kematangan dan tahap pemikiran kita semua.

teguran yang diberi oleh dr. Aziz.
pada mulanya kurang faham apa yang ingin disampaikan oleh dr.
tetapi lepas fikir-fikir dan fahami artikel yang di tulis
http://saifulislam.com/?p=721
baru sedar pentingnya tulis dengan ejaan sebaiknya.
sebelum ini pernah juga baca entri tersebut,
tetapi panjang sangat dan tidak dapat apa yang nak disampaikan.



terima kasih dR. atas teguran yang membina itu buat saya dan mungkin untuk rakan-rakan lain..
mungkin ini merupakan sebab utama mengapa penguasaan bahasa melayu saya begitu teruk
lepas ini kena tulis dengan ayat penuh sebaik-baiknya.
supaya tak rosak bahasa dan orang tidak malas untuk membaca

buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan

Kata-kata guru kepada naqib saya

'Gaya bahasa macam gaya bahasa saudara ini tidak digunakan dalam al-Quran, mahu pun dalam sunnah Nabi Muhammad SAW. Semua ejaan dalam Quran adalah ejaan sempurna, dan Nabi Muhammad tidak bercakap menggunakan bahasa macam bahasa budak belum matang dan rendah taraf pendidikannya.'